Since
2011
Cerita Kami
from a dream to reality...

Pusat Rawatan Bekam Al-Iman telah diasaskan oleh Ustaz Muhamad Shukor Bin Darusa dan Puan Nurul Shuhada Ismail. Pusat Rawatan ini telah beroperasi sejak awal tahun 2011 secara tidak rasmi bermula dengan merawat diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat setempat.
Atas kesedaran dan dorongan masyarakat untuk memajukan lagi perkhidmatan bekam ini, maka Pusat Rawatan Bekam Al-Iman telah didaftarkan secara rasminya pada 8 Mei 2012 di bawah payung SNS RICH EMPIRE. Pusat rawatan kami beroperasi di alamat 13436, Taman Permint Makmur, Wakaf Tembesu Jalan Gong Badak, Kuala Terengganu. Sejak bermula pada awal 2011, kami melakukan "roadshow" ke seluruh semenanjung Malaysia terutamanya Lembah Klang,Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan.
Keutamaan terhadap aspek kebersihan dalam rawatan membuatkan kami mendapatkan nasihat daripada Pejabat Kesihatan Negeri(PKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah kelolaan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari bagi mendapatkan garis panduan yang betul dan selamat.
Kami juga menyediakan perkhidmatan rawatan rumah ke rumah untuk para pelanggan yang mempunyai masalah sukar untuk bergerak ataupun secara berkumpulan. Demi keselesaan pelanggan, kami juga menyediakan bilik rawatan khas untuk lelaki dan wanita. Turut disediakan ruang menunggu yang luas dan selesa. Di pusat rawatan kami telah disediakan perawat lelaki dan wanita untuk tujuan menjaga batasan aurat yang dituntut oleh Syariat Islam.

