OUR PHILOSOPHY

PERUBATAN
SUNNAH
TERBUKTI
BERKESAN
100%

KEBERSIHAN
​​DIUTAMAKAN
Sejarah bekam dan kaitannya dengan Islam
Perubatan bekam bukanlah satu jenis rawatan yang asing. Malah, ia mendahului perubatan moden selama ribuan tahun. Buktinya, terdapat ilustrasi tentang bekam pada dinding bangunan lama yang wujud sejak zaman Firaun.
Bukan setakat di negara Arab, perubatan bekam digunapakai secara meluas oleh bangsa Romawi dan Yunani suatu ketika dahulu. Begitu juga di negara China, sehingga bekam sering dilabel sebagai perubatan cina.
Oleh kerana betapa pentingnya perubatan bekam, Allah s.w.t menaikkan darjatnya dengan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai pengamal rawatan ini. Malah terdapat arahan daripada Jibril a.s yang menyuruh umat baginda s.a.w supaya berbekam. Demikianlah umat Islam menggelar bekam sebagai Perubatan Sunnah.
Perubatan alternatif
tanpa efek negatif
Kaedah sebenar dalam pengubatan menurut Islam adalah rawatan yang paling minimal mudaratnya dan paling berkhasiat kesannya.
Sekiranya kita didatangi penyakit tertentu, maka kajilah terlebih dahulu, apakah jenis rawatan yang paling sesuai mengikut prioriti, dan bukannya bergantung kepada satu-satu jenis perubatan sahaja.
Adapun bekam, ramai pakar perubatan bersetuju bahawa bekam yang dilakukan dengan kaedah yang betul tidak akan meninggalkan efek negatif terhadap pesakit. Bahkan, ia terbukti merawat pelbagai penyakit akut, sub-akut malah kronik.
Sterilisasi dan
prosedur kerja
Sesetengah pegawai perubatan dan masyarakat awam menyangka bahawa bekam adalah satu perubatan alternatif tradisional yang berpotensi merebak kuman dan penyakit dek pengamalan orang lama menggunakan tanduk serta pisau yang sama bagi merawat pesakit.
Kini, isu seperti ini tidak perlu dimainkan lagi. Ini kerana, hampir kesemua pusat rawatan bekam atau pembekam persendirian menggunakan strilizer bagi membersihkan peralatan bekam.
Cup yang selesai digunakan akan dibasuh dengan sabun pencuci dan dettol. Kemudian akan dimasukkan ke dalam mesin steril. Begitu juga dengan pen lancet. Adapun sarung tangan dan jarum lancet akan dibuang setelah digunakan ke atas seorang pesakit.